Upin & Ipin Universe ialah sebuah pengembaraan dunia terbuka yang penuh warna, membawa keunikan kehidupan kampung tropika Asia Tenggara kepada pemain di seluruh dunia.
Diinspirasikan daripada siri animasi kesayangan Upin & Ipin, pemain diajak meneroka Kampung Durian Runtuh yang penuh dengan kehidupan — sebuah dunia yang dipenuhi dengan pemandangan indah, bunyi, dan tradisi asli, hasil karya rakyat Malaysia untuk dinikmati oleh seluruh dunia.
Dari kemeriahan pasar hingga ke tenangnya sawah padi, segalanya menghidupkan pengalaman sebenar kehidupan kampung — kunang-kunang berterbangan di waktu senja, pohon kelapa melambai ditiup angin, dan aroma masakan rumah yang membangkitkan selera. Pemain akan menyelami dunia sebagai Upin & Ipin dalam sebuah pengembaraan penuh aksi, membongkar lagenda tempatan, membantu penduduk kampung, dan menghayati kekayaan budaya Malaysia.
Opah pesan dengan kesabaran dan kasih sayang tumbuhan akan tumbuh dengan baik. Tanam, jaga dan tuai tumbuhan dengan seronok.
Sistem memancing yang terperinci di mana pemain boleh memilih umpan, melontar tali pancing, dan menangkap pelbagai jenis ikan!
Kejar dan tangkap pelbagai jenis serangga. Dari kumbang kecil hingga rama-rama berwarna-warni. Siapa boleh tangkap kesemuanya?
Bersedia untuk panaskan enjin dan raih kemenangan! Siapa yang akan tiba dulu di garisan penamat? Lumba, pecut, dan tunjukkan kehebatan anda di trek lumba!
Masak ikut rentak dalam permainan mini yang penuh aksi — potong, rebus, goreng! Hidangan apa yang anda nak cuba dulu?
Merupakan permainan tradisional Malaysia dimana siapa yang boleh memusingkan gasing paling lama dalam gelanggang, dialah juara!
Langgan buletin kami untuk menerima kemas kini dan pengumuman eksklusif tentang Upin & Ipin Universe!